Saturday, 16 November 2013

Faith

Sekuens dari entri sebelumnya.

Yesterday, somebody told me..
'You pen some ill shit'

It's either telling me I write some kind of dope stuff or..
I literally write SO BAD.

But as a human who believes in 'husnuzon' concept which means
bersangka baik in Malay.. I'll assume that's his style of telling me I'm good. :p

I used to be bad in almost everything.
Sports.. Maths... Especially.
But there were always teachers and friends who believe that I CAN.
I sorta believe them.

6 years ago when I was 15,
I've always wanted to be good in adobe photoshop and illustrator..
Never though I could do that,
until someone gave me a task to design a banner.
I bought a pirate adobe photoshop cs3 that time.. And I learn it from scratch.
Google was my mahaguru.
And guess what, my first-ever banner design got printed out and rocked in many prestigious events.
I'm deeply honoured.

So.. I discover many things about myself later on..

Recently, somebody told me that he felt my poets.
I was like.. what ?
It's all started when my good friends brought me to Raise the Bar - Poetry Night at The Bee Publika.
I was imitating those poets after that.
Using my Instagram as a medium, I did type a long caption for each of photo posted.
Didn't know that, somebody is feeling my ill words.

Yesterday,
I sent him  a song.
He told me to do it.
He told me I can nail it.
I have no idea where my new found so-called-talent gonna end up,
but let's hope for the best ay ?

In conclusion, there are people who always believe in you.
Just do it. A small step going to put you up there..
And I'm on way to climb that.
What about you ?
Care to join ?


Percaya

Faith is a strong word.
Especially for a believer.


Kepercayaan adalah satu perkataan yang padu.
Terutamanya untuk mereka yang percaya.

Aku..
Kadang-kadang kata kepada diri sendiri
' Believe in yourself !'
Aku cuba percaya.
Tapi pada kebanyakan masanya 
aku akan percaya apa yang orang lain kata.
'Adik.. you can do this.'

Pada akhirnya, aku percaya mereka sebenarnya.
Aku percaya yang aku boleh buat kerana mereka berkata sedemikian.
Mungkin, 
itu sebabnya kenapa bila pelakon layar menang anugerah..
mereka akan berkata
'terima kasih buat yang percaya kepada diri ini'
Sebab percayalah,
mereka pun tidak sangka mereka mampu sampai tahap sebegitu.

Sekarang, aku nak kau semua percaya..
yang aku akan berjaya.
boleh ?

J. Anne

Sunday, 29 September 2013

Gula-Gula Getah

Aku belajar sesuatu hari ini.

"A bad past is like a gum that you step on while walking. Sometimes it sticks to your shoe and never leave you."

Harus bagaimana lagi ?
Terlajak perbuatan yang aku tak boleh lari.

Terpijak gula-gula getah,
aku yang terima padah.

Akibat jalan tak guna mata,
aku yang terseksa jiwa raga.


p.s Memang patut Singapura haramkan gula-gula getah. Sumpah menjengkelkan.



Wednesday, 14 August 2013

Cinta Royal Teaser/ Part 1


22 Januari 2012
Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur
                           
“Mama, kenapa kakak tu menangis ? Kakak tu sedih ke ?” Seorang kanak-kanak yang aku kira baru berusia lima tahun bertanya kepada sang ibu. Mereka duduk betul-betul berhadapan dengan aku. Kanak-kanak bertoncet dua dengan mata bulat seperti guli mengingatkan aku dengan karakter kanak-kanak dalam filem animasi Monster Incorporation.

Comel dan telus.

Dengan muka serba salah sang ibu melemparkan senyuman ke aku. Matanya jelas memohon pengertian atas pertanyaan jujur anaknya. Mungkin takut aku berkecil hati. Aku hanya menggeleng sambil tersenyum. Sebagai tanda aku tidak berkecil hati dengan pertanyaan jujur anak itu. Dah memang aku menangis kan ? 

Nak sorok apa.

“Tak lah.. Kakak tu happy. Sebab dapat naik kapal terbang sekejap lagi.” Penipuan disiang hari oleh sang ibu.

“Oh. Kakak tu sama dengan kita ! Kita pun naik kapal terbang sekejap lagi.” Petah anak itu menjawab. Serentak itu juga, kanak-kanak comel itu melompat turun dari kerusi besi itu dan jalan terus menuju ke aku.
“Kakak takut naik kapal terbang ya ?”

Aku menggangguk. Jujur aku takut. Ini pertama kali.. dan mungkin yang terakhir. Hm.

“Mia ada gula-gula. Uncle Mia bagi. Dia kata gula-gula boleh buat kita hilang takut. Nah, Mia hadiahkan satu untuk akak.” Murni hati si kecil menghulurkan aku sebatang lolipop perisa strawberry.

Aku tergamam.

“Habis adik nak makan gula-gula apa ?” tanya aku. Tidak sampai hati aku mengambil gula-gula dari seorang kanak-kanak. Terasa.. pelik dan salah.

Kanak-kanak yang membahasakan dirinya Mia itu menggeleng. “Jangan risau. Mia ada banyak dalam beg. Uncle Mia selalu pesan untuk kongsi gula-gula dengan kawan. Kalau tak dia tak nak bagi dah.” Panjang penjelasan kanak-kanak itu. Pada fikiran aku, budak ini datangnya dari keluarga yang baik-baik kerana nilai-nilai murni jelas terlakar di dalam setiap buah butir bicara anak kecil yang bernama Mia ini.

Aku mengangguk perlahan. Tiket ditangan aku aku pandang buat sekelian kali. Jam menunjukkan saatnya sudah tiba. Aku bangun dari kerusi, dengan penuh hormat aku tunduk buat sang ibu. Kanak-kanak kecil yang hadir seketika dalam hidupku itu aku peluk dan cium pipinya. Semoga menjadi kebahagian buat ibu dan bapamu. Doaku perlahan.

Hilang duka.
Sekelip mata.

Terima kasih si kecil ! 

-------------------------------------------------------


14 Februari 2013
Seoul, Korea Selatan

“Angie, someone is looking for you !” jerit Kim Hana dari pintu depan.

Najla Athyyra yang sedang khusyuk mendodoikan baby Rayqal tergamam. Fuh, nasib baby tak terjaga. Ha Na ni boleh tahan senget. Macam dia tak tahu betapa meragamnya baby Rayqal malam tadi. Ni kalau terjaga lagi, padan muka dia tak boleh tidur nyenyak !

“Ha Na, you almost wake the baby up. If the baby gets cranky again, don’t blame me alright ?” sergah Najla Athyyra. Kim Hana hanya tersengih.

“Sorry babe. I don’t mean too.”
“Who’s looking for me anyway ?” tanya Najla Athyyra.

“Oh yes ! A guy is looking for you..” ujar Kim Hana sambil memberi senyuman nakal. “ A very handsome guy.” Tambahnya lagi sambil menayangkan muka penuh keterujaannya. 

Najla Athyrra mencapai bantal sebelum mencampakkannya ke arah gadis korea muslim yang sudah setahun menjadi teman serumahnya itu.

Lelaki ?
Siapa ?

Najla Athyyra cuba mengintai dari lubang pintu tapi yang dia nampak hanyalah figura seorang lelaki yang membelakangi pintu. Hati Najla Athyyra berdetak laju. Tiba-tiba perasaan cemas hadir.

Orang baik ke ?
Orang jahat ke ?

Najla Athyyra berlari ke arah Kim Hana yang sedap terlentang membaca magazine Vogue.

“Hana. If anything happens, get ready to call police. I’m about to see the guy.” Bisik Najla Athyrra cemas.
“Relax babe. He looks nice. He is not going to hurt you !” Kim Hana ketawa terbahak-bahak melihat ekspresi cemas Najla Athyyra itu.

Hampeh punya minah korea. Dia bantai gelakkan aku ? Orang serius ni. Buatnya orang jahat. Dah lah hidup sebatang kara. Anak aku kat bilik tu siapa nak jaga kalau apa jadi ? Ish. Najla Athyyra menggaru kepalanya. Malas nak layan Kim Hana yang tidak serius dengan permintaan seriusnya itu. Dia berjalan menuju ke pintu kembali. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, tombol pintu itu dipulas perlahan.

“ Excuse me..” panggil Najla Athyyra perlahan. Kepalanya dijulurkan sedikit sahaja. Tidak mahu ambil risiko.

Tiada respon.

“Ehem.. excuse me Mister.” Panggil Najla Athyyra sedikit kuat. Lelaki itu masih tiada respon.
Eh. Ni orang ke snow man yang cari aku ni ? Elok je tak bergerak.
Najla Athyrra yang sedikit geram dengan respon batu yang diterima dari lelaki asing itu terus melangkah keluar.

“Hello Mister. Are you looking for me ?” tanya Najla Athyyra dengan nada sedikit geram. Siapa mamat ni? Hati Najla Athyyra berdebar-debar menanti gerangan siapa dihadapannya itu.

“ Yes..” suara garau lelaki itu memecahkan kesunyian. “I’ve been looking for you Mrs Najla Athyrra !” Lelaki itu memusingkan badannya dan memandang tepat ke anak mata Najla Athyyra.

Najla Athyyra terkedu !
And.. where to run now ?

p.s Full cerpen soon !

Entri sulung

Alhamdulillah.

I can finally cross my to-do list for this.
Dah lama nak buat satu blog khas untuk tatapan umum.
Rasa kalau tak dikongsi bersama, jadi pekasam.
Lepas tu nak salahkan orang tak faham.

Minat menulis dah lama.
Tapi sejak menjak menjadi young adult ni terpaksa berhempas pulas memberi komitmen kepada kehidupan.
Rasa macam dah tumpul pun ya jugak.
Zaman sekolah dah ditinggalkan nak dekat 4 tahun.
Berkarat juga ilmu komsas yang Puan Rabiah dok laung-laung dalam kelas dulu.

Untuk entri sulung ni tidaklah nak berjela-jela.
Ambik masa kenal each other seiring dengan waktu pun manis juga kan ?
Tee hee.

Alright.

Assalamualaikum !

Yours truly,
Ann J.