Dua bulan seperti roller coaster dan teramatlah sibuk.
kadang-kadang terasa lupa mahu tarik nafas dan bertenang.
Waktu-waktu kemuncak hampir tamat minggu ini disambut pula dengan pening nak tulis usul untuk penulisan thesis. Sambil juga curi-curi masa untuk #cafeimpianAnnJ.
Sibuk kadang-kadang buat kita hampir lupa.
Lupa bahawa Dia pemudah segala.
Kalau fokus baiki hubungan dengan Dia,
urusan dunia yang lainnya dimudahkan juga.
Maka diri, tetaplah hati. Jangan berbolak balik lagi.
-Ann J, 12.35am