Wednesday, 8 October 2014

Suara Hati: Suri Mikayla

Dari sudut hati karakter yang aku ciptakan.

Suri Mikayla.


Kau rasa pada umur ni aku boleh berlagak seperti anak kecil lagi ?

Membentak kaki tatkala yang dihajati dipandang sepi.
Melihat sesuatu bencana dan masih bisa tertawa.

Rasanya aku pada umur, saat bala mendekat aku berhadapan dengan hanya dua pilihan:

terima seadanya atau memikirkan langkah seterusnya.
Beban disusun menjadi tingkat-tingkat tinggi di bahu ini.

Mungkin, inilah umur yang mereka hilang diri akhirnya.

Jadi, aku perlu random get away. 
Ironinya pabila aku mahu menghilangkan diri 
demi.. mencari diri ?

Yang berkongsi visi
Wujud mungkin hanya dalam mimpi

Yang mahunya seperti mahu aku
Yang setujunya, setuju aku.

Mungkin tuhan belum hendakkan aku bahagia berdua.
Kerana tahu mampu aku, bahagiakan banyak jiwa.

Sekarang ini,
Tugasan bahagiakan mereka bertambah payah,
pabila banyak tangan mencelah, menarik jatuh aku.


#SuriMikayla #manuskrip