22 Januari 2012
Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur
“Mama, kenapa kakak tu
menangis ? Kakak tu sedih ke ?” Seorang kanak-kanak yang aku kira baru berusia
lima tahun bertanya kepada sang ibu. Mereka duduk betul-betul berhadapan dengan
aku. Kanak-kanak bertoncet dua dengan mata bulat seperti guli mengingatkan aku
dengan karakter kanak-kanak dalam filem animasi Monster Incorporation.
Comel dan telus.
Dengan muka serba salah
sang ibu melemparkan senyuman ke aku. Matanya jelas memohon pengertian atas
pertanyaan jujur anaknya. Mungkin takut aku berkecil hati. Aku hanya menggeleng
sambil tersenyum. Sebagai tanda aku tidak berkecil hati dengan pertanyaan jujur
anak itu. Dah memang aku menangis kan ?
Nak sorok apa.
“Tak lah.. Kakak tu happy.
Sebab dapat naik kapal terbang sekejap lagi.” Penipuan disiang hari oleh sang
ibu.
“Oh. Kakak tu sama
dengan kita ! Kita pun naik kapal terbang sekejap lagi.” Petah anak itu
menjawab. Serentak itu juga, kanak-kanak comel itu melompat turun dari kerusi
besi itu dan jalan terus menuju ke aku.
“Kakak takut naik kapal
terbang ya ?”
Aku menggangguk. Jujur
aku takut. Ini pertama kali.. dan mungkin yang terakhir. Hm.
“Mia ada gula-gula.
Uncle Mia bagi. Dia kata gula-gula boleh buat kita hilang takut. Nah, Mia
hadiahkan satu untuk akak.” Murni hati si kecil menghulurkan aku sebatang
lolipop perisa strawberry.
Aku tergamam.
“Habis adik nak makan
gula-gula apa ?” tanya aku. Tidak sampai hati aku mengambil gula-gula dari
seorang kanak-kanak. Terasa.. pelik dan salah.
Kanak-kanak yang
membahasakan dirinya Mia itu menggeleng. “Jangan risau. Mia ada banyak dalam
beg. Uncle Mia selalu pesan untuk kongsi gula-gula dengan kawan. Kalau tak dia
tak nak bagi dah.” Panjang penjelasan kanak-kanak itu. Pada fikiran aku, budak
ini datangnya dari keluarga yang baik-baik kerana nilai-nilai murni jelas
terlakar di dalam setiap buah butir bicara anak kecil yang bernama Mia ini.
Aku mengangguk
perlahan. Tiket ditangan aku aku pandang buat sekelian kali. Jam menunjukkan
saatnya sudah tiba. Aku bangun dari kerusi, dengan penuh hormat aku tunduk buat
sang ibu. Kanak-kanak kecil yang hadir seketika dalam hidupku itu aku peluk dan
cium pipinya. Semoga menjadi kebahagian buat ibu dan bapamu. Doaku perlahan.
Hilang duka.
Sekelip mata.
Terima kasih si kecil !
-------------------------------------------------------
14 Februari 2013
Seoul, Korea Selatan
“Angie, someone is looking
for you !” jerit Kim Hana dari pintu depan.
Najla Athyyra yang sedang
khusyuk mendodoikan baby Rayqal tergamam. Fuh, nasib baby tak terjaga. Ha Na ni
boleh tahan senget. Macam dia tak tahu betapa meragamnya baby Rayqal malam
tadi. Ni kalau terjaga lagi, padan muka dia tak boleh tidur nyenyak !
“Sorry babe. I don’t
mean too.”
“Who’s looking for me
anyway ?” tanya Najla Athyyra.
Najla Athyrra mencapai bantal sebelum mencampakkannya ke arah gadis korea
muslim yang sudah setahun menjadi teman serumahnya itu.
Lelaki ?
Siapa ?
Najla Athyyra cuba
mengintai dari lubang pintu tapi yang dia nampak hanyalah figura seorang lelaki
yang membelakangi pintu. Hati Najla Athyyra
berdetak laju. Tiba-tiba perasaan cemas hadir.
Orang baik ke ?
Orang jahat ke ?
Najla Athyyra berlari
ke arah Kim Hana yang sedap terlentang membaca magazine Vogue.
“Hana. If anything
happens, get ready to call police. I’m about to see the guy.” Bisik Najla
Athyrra cemas.
“Relax babe. He looks
nice. He is not going to hurt you !” Kim Hana ketawa terbahak-bahak melihat
ekspresi cemas Najla Athyyra itu.
Hampeh punya minah
korea. Dia bantai gelakkan aku ? Orang serius ni. Buatnya orang jahat. Dah lah
hidup sebatang kara. Anak aku kat bilik tu siapa nak jaga kalau apa jadi ? Ish. Najla Athyyra menggaru
kepalanya. Malas nak layan Kim Hana yang tidak serius dengan permintaan
seriusnya itu. Dia berjalan menuju ke pintu kembali. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim,
tombol pintu itu dipulas perlahan.
“ Excuse me..” panggil Najla
Athyyra perlahan. Kepalanya dijulurkan sedikit sahaja. Tidak mahu ambil risiko.
Tiada respon.
“Ehem.. excuse me
Mister.” Panggil Najla Athyyra sedikit kuat. Lelaki itu masih tiada respon.
Eh. Ni orang ke snow
man yang cari aku ni ? Elok je tak bergerak.
Najla Athyrra yang
sedikit geram dengan respon batu yang diterima dari lelaki asing itu terus
melangkah keluar.
“Hello Mister. Are you
looking for me ?” tanya Najla Athyyra dengan nada sedikit geram. Siapa mamat
ni? Hati Najla Athyyra berdebar-debar menanti gerangan siapa dihadapannya itu.
“ Yes..” suara garau
lelaki itu memecahkan kesunyian. “I’ve been looking for you Mrs Najla Athyrra
!” Lelaki itu memusingkan badannya dan memandang tepat ke anak mata Najla
Athyyra.
Najla Athyyra terkedu !
And.. where to run now
?
p.s Full cerpen soon !
